E-book Ustaz Hafiz Firdaus

Tuesday, December 05, 2006

Alhamdulillah..

Setelah beberapa hari, aku berjaya menyiapkan e-book untuk Ustaz (Kapten) Hafiz Firdaus Abdullah. Di mana beliau hendak letakkan e-book tersebut, terpulang kepada ustaz.

Sebelum tu, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Hafiz Firdaus(UHF) kerana memberi kepercayan kepada aku untuk menyiap salah satu e-book beliau. Walaupun tugasan tersebut tidaklah sebesar mana, berbanding tugasan yang diberikan pada bro Akob, bro Abu Adam dan lain-lain (di mana mereka diberikan tugas untuk membuat kertas kerja ilmiah), aku rasa amat berbesar hati kerana dapat membantu ustaz Hafiz dalam kerja dakwah beliau.

Tugasan di berikan pada 27 November, dengan meletakkan 11 artikel di dalam MS WORD untuk dijadikan e-book. Pesanan beliau, terpulang pada aku bagaimana caranya aku nak siapkan. Samada dalam bentuk PDF, CHM, HTML atau apa-apa yang dirasakan patut. Akhirnya aku memilih untuk membina e-book tersebut dalam bentuk HTML memandangkan e-book tersebut disediakan untuk bacaan ramai, dan dicapai melalui website.

Dapat je buku tersebut, mula pening nak reka design yang sesuai. Masa yang diberikan juga tidak panjang memandangkan aku sendiri ada tugasan lain. Tugasan company. Ada la dalam 3 kali tukar design. Nak dapatkan design yang simple dan kemas.

Akhirnya, pada pada 5 Disember, aku serahkan hasil yang pertama kepada UHF untuk di semak. Sekiranya terdapat kesilapan, beliau boleh meminta aku betulkan semula. Esoknya aku dapat jawapan dari UHF, tiada apa yang perlu diperbetulkan. Mungkin ada, tapi UHF tidak mahu membebankan aku, mungkin.





Antara kelemahan yang aku kesan semasa nak buat e-book ni, yang agak memakan masa aku sendiri.


1. Membuat kerja office lebih dari pukul 5.30 (waktu office). Memandangkan kerja memang banyak. Jadi, waktu malam yang aku peruntukkan untuk siapkan e-book tersebut, terpaksa aku curi sikit-sikit.

2. Dalam penulisan ilmiah seperti ini, nota kaki atau rujukan amat penting. Tapi aku telah mengabaikan nota kaki ini. Bila dah nak hantar, baru perasaan yang nota kaki tak jalan. Masa tu la kena betulkan semula. Leceh jugak sebab ada lebih dari 100 nota kaki.

3. Masa design awal, ada beberapa perkara asas yang aku tertinggal. Bila start nak masukkan content, baru aku perasan. Jadi sebelum aku masukkan content, aku betulkan dulu apa yang tertinggal tu.

4. Dalam design e-book tu, banyak guna css. Masalahnya css tu aku letakkan dalam html. Jadi, setiap page, css dia agak berbeza. Memandang aku tak mahu celaru pada masa akan datang, sekiranya perlu diedit, aku letakkan dalam satu fail dan kena @import

5. Membuat e-book dalam bentuk HTML sebenarnya boleh datang masalah jugak kalo tak pakar. Macam aku la, dah buat baru perasan, kalau pakai PHP (atau bahasa lain) kan bagus. Sebab mana2 content page yang berulang tu, tak perlu la coding banyak2 kali, guna include je. Aku pun tak minat pakai iframe.

Itulah antara kelemahan yang aku perasan. Kelemahan ini saje aku tulis, untuk aku jadikan rujukan pada masa akan datang. Lain kali, sebelum buat design, aku patut lihat pelbagai situasi dan membuat pelbagai andaian.

ayus dan syuhada
www.nursyuhada.com

1 comments:

Anonymous said...

salam..
nak tanye..skrg encik masih membantu ustaz hafiz ke?