Mengenali Pelbagai Aliran Pemikiran Islam

Wednesday, July 19, 2006

Ketika saya membelek2 kembali majalah2 dan artikel2 lama yg ada dlm simpanan, saya tertarik dengan satu artikel dari majalah siswa Indonesia di Mesir. Iaitu majalah Himmah, terbitan Mahasiswa Indonesia di Kairo, no. 13, tahun vii, sept-okt 1993.

Di dalam ruangan Fokus Kajian, dimuatkan artikel mengenai aliran pemikiran Islam di Mesir. Saya merasakan isikandungannya penting. Sekalipun kita berada di Malaysia, dan artikel ini berkaitan dengan aliran pemikiran di Mesir namun jangan lupa, kita cukup banyak menerima tempiasnya. Contoh paling ketara ialah pengaruh al-Ikhwan al-Muslimin. Contoh lain, pengaruh aliran sekular Mesir pada seorang penulis tentang agama di akhbar arus perdana.
Penulisan saya ini akan menggunakan asas dari artikel berkenaan dengan bantuan beberapa rujukan lain.

-------------------
Artikel membahagikan pemikiran Islam di Mesir kepada 5 aliran, iaitu:
1. Aliran reformis tradisional
2. Aliran reformis moderat
3. Aliran Islam sekular
4. Islam radikal
5. Islam kiri

-------------
1. Aliran reformis tradisional
Aliran ini mempunyai beberapa ciri utama, iaitu:
i. Berpemikiran tradisional
ii. Mempunyai nilai reformasi

Terdapat beberapa kecenderungan yang dapat dilihat dalam aliran ini, iaitu:

- Menggunakan dasar hukum-hakam syariah dari usul feqh, qawa'id feqh, qawaidul ahkam dan feqh. Mereka menyesuaikannya berdasarkan kepada tempat dan masa.

- Menggunakan tafsir bil maktsur (lawan bir rakyi = akal). Iaitu menafsirkan al-Quran menggunakan nash al-Quran atau dengan hadis nabi s.a.w. atau dengan perkataan sahabat atau tabi'in.

- Mereka cenderung untuk tidak menafsirkan al-Quran berdasarkan pendekatan ilmiah. Kerana mereka berpendapat bahawa teori2 ilmiah bersifat nisbi kebenarannya, dan tidak berkesudahan. Teori-teori ilmiah membuka ruang kepada tindakan koreksi oleh teori ilmiah lainnya.

- Terhindar dari menafsirkan al-Quran berdasarkan hawa nafsu dan kepentingan peribadi. Mereka juga tidak menafsirkan al-Quran berdasarkan faham atau aliran tertentu. Mereka tidak fanatik dengan hasil kebenaran teorinya.

- Menerapkan sikap ta'abbudi terhadap hukum-hakam Islam berdasarkan kepada teks2 yang sharih (jelas). Dan mereka sering mengaitkannya dengan nilai keimanan dan balasan amal - dosa dan pahala.

- Aliran ini ada pengaruh kesufian. Ini dapat kita lihat dengan penekanan terhadap kualiti kerohanian.

- Memerdekakan akal dari pengaruh taklid dan khurafat.

- Mereka percaya bahawa keamanan dan keadilan sosial dapat dipraktik melalui perbaikan diri dari perbuatan2 buruk. Manakala jiwa hendaklah diisi dengan keagungan ALlah melalui zikir.

Antara tokoh2 yang berada dalam aliran ini ialah seperti Syeikh Mutawalli Sya'rawi, Syeikh Athiyah Saqr, Dr Ismail Diftar dan Dr Abul Wafa' al-Taftazani.

Kita akan dapat lihat dengan jelas aliran pemikiran ini di dalam kitab Ahsanul Kalam, tulisan Syeikh Athiyah Saqr.

2. Aliran reformis moderat (sederhana)
Aliran ini muncul adalah sebagai reaksi dari fenomena umat Islam hari ini yang sudah tidak selari dengan gambaran al-Quran, iaitu sebagai umat terbaik. Ia juga muncul sebagai alternatif kepada dua aliran Islam, iaitu aliran salafi yang mengajak kembali hidup ke-abad ke 6. Dan satu lagi ialah aliran sekular yang amat terpengaruh dengan barat.
Intipati aliran ini dapat dilihat melalui kata2 Dr. Yusof al-Qardhawi "ingin menampilkan umat Islam yang mampu memimpin dunia modern dengan Islam."

Antara isikandungan aliran reformis moderat:
- Ajaran Islam adalah ajaran yg universal dan komprehensif. Ia akan terus sesuai dipraktikkan hingga bila2 sekalipun berlaku perubahan zaman dan sosial. Secara mudahnya, Islam mengandungi ajaran yang lengkap di dalam semua aspek kehidupan. Ajaran yang sedemikian rupa telah dirancang oleh Allah dengan memberikan ketegasan dan perincian yang jelas dalam perkara2 akidah dan ibadah murni. Manakala dalam perkara2 muamalat dan hubungan sosial ia diberikan dalam bentuk kaedah2 umum dan global. Mereka mengatakan bahawa dalam persoalan yang telah jelas dan tegas ketentuannya hendaklah diterima. Tidak ada jalan utk berijtihad di dalamnya. Manakala dalam soal-soal yang ketentuannya masih global atau umum, golongan dari aliran ini tidak mahu terikat dengan hasil ijtihad mana2 mujtahid. Mereka akan mengambil dari berbagai pendapat ulamak dan memilih mana yang sesuai dengan perkembangan zaman. Dengan ini, kita akan dapat melihat bagaimana hasil fatwa2 mereka nampak lebih fleksibel dan nampak keindahan Islam dapat diketengahkan dalam kehidupan masyarakat.

- Ketika mereka menyelesaikan masalah2 sosial umat Islam atau masalah2 kontemporari, mereka sering mengetengahkan prinsip2 ilmiah/rasional, maju, realistik dan berwawasan masadepan. Mereka masih tetap berpegang kepada metodologi ulamak2 klasik.

- Mengenai politik, mereka berpegang kepada slogan: "Islam din wa daulah" ertinya Islam, agama dan negara. Oleh itu, mereka amat mengimpikan sebuah negara Islam tertegak di tengah2 masyarakat Islam. Kerana, kewujudan negara Islam merupakan satu energi untuk mengaplikasikan ajaran Islam yg sempurna.

- Mereka menolak penubuhan negara Islam secara revolusi. Mereka memilih jalan reformasi.
Aliran ini tidak menolak apa yang datang dari barat. Juga tidak menerimanya bulat2. Perkara buruk dari barat mesti dijauhi dan yang baik mesti dimanfaatkan. Ilmu sains dari barat hendaklah dipelajari agar umat Islam tidak ketinggalan dari arus perkembangan zaman.

- Mengenai kitab2 warisan hasil dari ijtihad para ulamak silam. Mereka mengatakan bahawa ia adalah hasil ijtihad pada zaman di mana ulamak berkenaan berada. Oleh itu, ia seringkali tidak bersesuaian dengan zaman modern. Aliran ini masih terus memanfaatkan kitab2 warisan lama ini, tetapi bukan dalam bentuk yang tersurat (tekstual) tetapi dalam bentuk yg tersirat (kontekstual). Mereka amat memanfaatkan methode yg digunakan oleh para ulamak silam dalam memahami Islam.

- Dalam hal ijtihad ulamak2 silam, mereka berpegang kepada prinsip: "Mereka manusia, kitapun manusia juga." Bermaksud, sama-sama mempunyai hak utk mempersepsikan Islam. Dan, oleh itu mereka terus membuka pintu ijtihad kepada sesiapa yang berkemampuan.

Para tokoh yang berada di dalam aliran ini ialah Dr Yusof al-Qardhawi, syeikh Muhamad al-Ghazali, Dr Muhamad Imarah dan Fahmi Huwaidi.


3. Aliran Islam sekular
Di Malaysia, penganut faham sekular kebanyakannya tidak celik bahasa arab. Mereka tidak celek tentang kitab2 warisan ulamak silam. Mereka juga tidak menghafal al-Quran atau memahaminya. Kalau ada yang celik sedikit bahasa arab, mengerti serba sedikit kitab2 warisan ulamak silam, pasti mereka akan mengelak dari dicap sebagai sekularis apatah lagi mengaku secara terang2an. Sekularis M'sia sering melarikan diri dari chop sekularis melalui istilah2 tertentu. Sebab itu kita dapat lihat istilah2 seperti menafsirkan semula al-Quran, toleransi, pelbagai kaum, islam sederhana, bertahap2 dsbnya. Bahkan! Yang terakhir, mereka sanggup pula mendabik dada mengaku diri mereka Islam Fudemantalis. Istilah2 ini bukanlah dlm erti kata sebenarnya, tetapi adalah pintu2 utk puak2 sekular M'sia lari dari chop sekularis. Pada hakikatnya mereka adalah puak-puak sekular tetapi amat pemalu.

Ini berbeza dengan sekularis Mesir. Mereka dengan bangga membuat pengakuan terbuka "aku adalah seorang sekular!" Mereka ini sudah pasti celek bahasa arab. Jangan terkejut, mereka amat menguasai ilmu2 dan kitab2 warisan ulamak silam. Juga, mereka ini menghafal al-Quran serta memahaminya!

Lihat apa yg dikatakan oleh Abdul Azim Ramadhan: "Aku adalah seorang sekular, tapi aku juga menghafal al-Quran sejak berusia sembilan tahun."

Aliran ini sebagaimana namanya berpegang kepada dasar negara dan politik mestilah dipisahkan. Atau dunia dan agama hendaklah dijauhkan.

Syeikh Ali Abdul Razik mempelopori aliran ini dengan tulisannya yg berjudul "Al-Islam Wa Ushulul Hukmi" (Islam dan prinsip2 pemerintahan). Di dalamnya, beliau membezakan antara Rasulullah s.a.w. sbg qadhi, penguasa dan rasul. Katanya, al-Quran sendiri menonjolkan Rasulullah s.a.w. sebagai penyampai risalah Tuhan. Oleh itu, katanya, mana ada pemerintahan, negara dan struktur kekuasaan. Oleh itu, baginda s.a.w. hanyalah sebagai pemimpin agama sahaja. Hasilnya, beliau berpendapat amat jauh hubungan antara agama dan politik. Bukunya ini dikecam oleh para ulamak al-Azhar.

Namun, Ali Abdul Razik akhirnya bertaubat. Katanya: "Syaitan-lah yang telah menggoda aku untuk mengatakan bahawa Islam hanya sekadar agama kerohanian."

Antara tokoh2 yg berada dalam aliran ini ialah, Thoha Husin, Najib Mahfuz, Fuad Zakaria, Muhamad Said al-Asymawi, dr Zaki Najib Mahmud dan lain-lain.


4. Islam radikal
Antara tokoh yang dianggap sebagai beraliran radikal ialah Syed Qutb dan Syeikh Umar Abdul Rahman. Syed Qutb di dalam bukunya Ma'alim Fit Tariq (buku ini akan disiarkan sepenuhnya dalam al-ahkam, insyaallah) jelas menunjukkan aliran radikal. Baginya masyarakat dapat dibahagi kepada dua bahagian sahaja, iaitu masyarakat Islam dan masyarakat jahiliah. Dalam parti pula, hanya dua; hizbullah (parti Allah) dan hizbu syaithan (parti syaitan).

Manakala pemerintahan pula, jika pemerintahan Islam ialah yang menjalankan syariat Islam sepenuhnya. Sedangkan yang separuh2 shj adalah pemerintah taghut yang dapat dianggap sebagai kafir di mana umat Islam wajib berjihad menentangnya.

Bagi aliran radikal ini, manusia ini hanya ada hitam dan putih sahaja, tanpa ada warna2 lainnya. Pembahagian hitam putih ini tidak dipersetujui oleh ramai ulamak, antaranya ialah Dr Yusof al-Qardhawi, Syeikh Muhamad al-Ghazali, Muhamad Imarah dan sejumlah tokoh2 al-Ikhwan al-Muslimin seperti Dr hasan al-Hudaibi, Umar al-Tilmissani, Dr Mustafa Hilmi dan Dr Muhamad al-Bahi. Bagi mereka ini, disamping hitam dan putih, bukankah ada warna2 lain lagi?

Majalah Himmah menyatakan beberapa punca mengapa munculnya aliran radikal. Disebutkan tiga faktor:
i. Al-Azhar tidak berfungsi sebagaimana mestinya
Al-Azhar dengan usianya dan sejumlah besar para ulamaknya dipandang oleh masyarakat Mesir sebagai tidak serius mengatasi problem masyarakat Islam.

ii. Sikap kuku besi dan teroris pemerintah
Pemerintah memberi ruang yang luas kepada penulis2 sekular untuk menghentam Islam melalui akhbar2 resmi kerajaan. Ini menambahkan dan menaikkan semangat pemuda-pemuda Islam. Emosi mereka jadi terbakar. Apatah lagi, apabila tuntutan mereka agar tulisan2 yang menghina Islam dihentikan segera tidak pernah dilayan langsung. Dan setelah pintu2 formal ditutup rapat2, maka sudah tentu pemuda2 Islam ini akan menggunakan jalan kekerasan sbg jalan keluar. Ketika itu, dapatlah pemerintah yg zalim ini menyalahkan mereka atas tuduhan melakukan keganasan.
Pemuda-pemuda Islam ini diperangkap agar terjebak ke dalam jerat radikal dan keganasan.

iii. Kemunduran umat Islam
Umat Islam suatu ketika dahulu pernah berada dizaman kegemilangan. Dan sekarang ini, mereka menduduki negara2 yang mundur dan miskin. Maka utk kembali kepada kegemilangan silam, mereka berpendapat tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada genarasi salaf secara bulat2 dengan segala macam bentuknya. Dengan cara ini Islam radikal merasa lebih Islam dari orang lain.

iv. Pemerintah yg tidak demokrasi
Sikap pemerintah yg kononnya mengaku mengamalkan demokrasi, namun pada hakikatnya adalah sebaliknya. Ramai tokoh2 Islam yg menerima tekanan yg amat dahsyat apabila mereka mengemukakan pemikiran Islam mereka. Mereka ditangkap, dipenjara dan disiksa di luar batas peri kemanusiaan.

Syed Qutb sendiri telah disumbatkan ke penjara tanpa pengadilan yg jujur. Mereka mengada-adakan tuduhan ke atasnya. Akhirnya beliau syahid di tali gantung. Ini menimbulkan reaksi yg seimbal dari pengikut2 Syed Qutb, iaitu kekerasan lawan kekerasan.

Ada yg menuduh bahawa tafsir Syed Qutb Fi Zilalil Quran-lah yg menyebabkan munculnya aliran radikal. Ini dapat disangkal, bahawa radikal bukanlah disebabkan oleh buku2 sahaja. Yang lebih membuatkan tindak kekerasan diambil ialah apa yang dirasakan oleh masyarakat itu sendiri. Bukan hanya melalui buku.

Sebab itu ada yang berpendapat bahawa jawapan utk mengatasi masalah radikal ini ialah dengan tawaran perlaksanaan syariah Islam dalam kehidupan dan politik. Kerana radikal bukanlah tujuan tetapi sebagai jawapan dari tindakan radikal pemerintah.

---------
Kita di Malaysia sendiri pernah suatu ketika dahulu pengaruh radikal menyelusup masuk pada sebahagian pemuda2 Islam. Namun ia agak reda dan tenang dengan tersebarnya pemikiran2 sederhana dari tokoh2 al-Ikhwan, Dr Yusof al-Qardhawi dan Dr. Muhamad al-Bahi.

Malah TG Hj Abdul Hadi sendiri pernah mengatakan bahawa sebagai manusia, pandangan syed qutb ada kelemahannya. Kelemahan ini nyata dalam bukunya Ma'alim Fit tariq, di mana beliau cuma membahagikan jenis negara kepada dua buah shj; negara Islam dan negara harbi. Padahal terdapat tiga jenis negara, iaitu negara Islam, negara harbi dan negara ahd. (Lihat Pemikiran Islam di M'sia, Abdul Rahman Hj Abdullah, DBP, hal. 365)

Untuk rujukan lanjut mengenai masalah ini, sila rujuk buku Pemikiran Islam di M'sia, oleh Abdul Rahman Hj Abdullah, DBP.


--------------
5. Islam kiri (al-Yasar al-Islami)
Tokoh terkemuka dari Islam kiri ialah Hasan Hanafi. Islam kiri mendakwa mereka adalah suara kaum tertindas. Antara intipati ajaran aliran ini ialah:

- Mereka mengatakan bahawa tidak perlu lagi umat Islam ini disibukkan dengan mencari hujah tentang keesaan Allah. Kerana, ajaran syirik (fahaman yg mengatakan Tuhan banyak) telah dengan sendirinya runtuh. Sekarang ini apa yg perlu diperjuangkan ialah umat itu sendiri. Mereka perlu dibebaskan dari kemiskinan, kebodohan, penindasan dan penjajahan.

- Islam kiri selari dengan Muktazilah yang menghadirkan revolusi akal, dunia, alam dan kebebasan manusia.

- Mereka beranggapan bahawa golongan Asya'irah yang selama ini dipegang oleh majoriti kaum muslimin sebagai penyebab kepada kemunduran umat Islam selama 9 abad. Aliran Asya'irah menyebabkan pemikiran agama berat sebelah.

- Islam kiri menolak sufisme malah memandangnya sebagai musuh. Pada anggapan mereka salah satu dari penyebab kemunduran umat Islam adalah pemujaan kaum sufi.

- Dalam ilmu hadis, prioriti yg mereka gunakan ialah kritik matan daripada sanad. Islam kiri menentang peradaban barat dan berusaha menggantikannya.

- Islam kiri berusaha mengembalikan kualiti umat dengan
i. Mewujudkan keadilan sosial,
ii. Membangunkan masyarakat bebas dan demokratis,
iii. Membebaskan palestin dan mengusir kolonialisme dari dunia Islam,
iv. Membangun kesatuan Islam yg menyeluruh,
v. merumuskan tindakan nasional dari pengaruh super power,
vi. Mendukung revolusi kaum tertindas. Revolusi mereka adalah revolusi Islam.

- Mereka mengatakan bahawa para nabi adalah para revolusioner. Revolusi tauhid dibawa oleh Nabi Ibrahim. Revolusi roh oleh nabi Isa. Revolusi orang miskin dan orang-orang malang dibawa oleh nabi Muhamad s.a.w.
Untuk penjelasan lanjut mengenai pemikiran Islam kiri Hasan Hanafi, sila rujuk bukunya: al-Yasar al-Islami kitabat al-nahdha al-islamiyah.

---------
Apa yang menarik mengenai Islam kiri ialah apa yang dikatakan oleh Hasan Hanafi "Islam kiri menyepakati lima prinsip Muktazilah (usul al-khamsah). Dan berusaha menghidupkan kembali prinsip muktazilah setelah ia tenggelam pada abad 5 hijrah, semenjak al-Ghazali menyerang ilmu2 rasional dan dominasi tasauf yang berganding dengan aliran Asya'irah hingga masa gerakan reformasi Islam."

Katanya lagi: "Kita mendokong muktazilah kerana kita mengembangkan rasionalisme, kebebasan, demokrasi dan eksplorasi alam."

Lagi katanya: "Untuk pengembangan rasionalisme Islam, kita mengkaji seluruh pemikiran alternatif sebagaimana pernah kita lakukan dahulu pada zaman keemasan, abad iv Hijrah. Sehingga Asy'arisme tidak lagi membelenggu kita selama sembilan abad, bahkan hingga kini. Seolah2 Asy'arisme menjadi satu-satunya pemikiran keagamaan dalam tradisi kita. Padahal, terhentinya pemikiran yang menyelimuti kita semenjak abad ke 7 merupakan tanggungjawab dari dominasi pemikiran Asya'irah, kerana ia berubah menjadi ideologi politik. Keluar dari asya'irah bererti kafir dan pengkhianat."

Kazuo Shimogaki telah melakukan telaah secara kritis mengenai aliran pemikiran Hasan Hanafi ini. (Lihat Kiri Islam, Kazuo Shimogaki, LKis)

Tentang serangan Hasan Hanafi ke atas al-Ghazali yang dikatakan telah menyerang ilmu2 rasional, Kazuo Shimogaki mengatakan bahwa yg diserang oleh al-Ghazali bukanlah ilmu2 rasional tetapi orang2 yang menyalahgunakan kajian ilmu2 rasional. Dalam masalah ini beliau menganggap Hasan Hanafi tidak menyiasat betul2 tentang latar belakang sejarah.
Kata Kazuo Shimogaki lagi, tuduhan hasan hanafi yang mengatakan bahawa asya'irah sebagai anti rasionalisme, ini adalah tidak benar. Kerana asya'irah bukanlah anti rasional tetapi mengetengahkan ketidaksempurnaan akal dan adanya pengetahuan ghaib.

Sekian, semoga bermanfaat

:: zain-ys ::

ayus dan syuhada
nursyuhada.com

Talbis Iblis terhadap Para Ulama

Tuesday, July 18, 2006

Di antara manusia ada yang memiliki hasrat dan semangat yang tinggi, sehingga mereka bisa mendalami berbagai cabang ilmu syariat, berupa ilmu Al-Qur`an, hadits, fiqih dan sastra. Lalu Iblis mendatangi mereka dengan talbis-nya yang lembut, sambil membisikkan kesombongan kepada mereka, karena mereka bisa mendalami berbagai macam ilmu dan bisa mengulurkan manfaat kepada orang lain. Di antara mereka ada yang tidak pernah bosan menggali ilmu dan merasakan kenikmatan dalam penggalian ini, yang tentu saja karena bisikan Iblis. Iblis bertanya kepadanya, "Sampai kapan engkau merasa letih melakukan semua ini? Tenangkan badanmu dalam memikul beban ini dan lapangkan hatimu dalam menikmati ilmu. Karena jika engkau melakukan kesalahan, maka ilmu dapat membebaskan dirimu dari hukuman." Lalu Iblis membisikinya tentang kelebihan yang dimiliki para ulama. Jika seseorang terkecoh dan menerima bisikan serta talbis Iblis ini, maka dia akan celaka. Jika setuju, maka dia dapat berkata, "Jawaban atas pernyataanmu dapat ditinjau dari tiga sisi:

l. Memang para ulama diutamakan karena ilmu. Namun andaikan tidak ada amal, maka ilmu itu tidak ada artinya apa-apa. Jika aku tidak mengamalkannya, berarti aku sama dengan orang yang tidak mengerti maksudnya, hingga keadaan diriku tak ubahnya orang yang mengumpulkan makanan dan memberikan makanan itu kepada orang-orang yang kelaparan, tapi dia sendiri tidak makan dan tidak mempergunakan makanan itu untuk menghilangkan rasa laparnya.

2. Dapat menyanggahnya dengan celaan yang ditujukan kepada orang yang tidak mengamalkan ilmu, seperti kisah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam tentang seseorang yang dilemparkan ke dalam neraka, lalu ususnya terburai, seraya berkata, "Dulu aku menyuruh kepada yang ma`ruf namun aku justru tidak melaksanakannya, dan aku mencegah dari yang` mungkar, namun justru aku melaksanakannya. " (Diriwayatkan Al-Bukhary dan Muslim).

Abud-Darda` Radhiyallahu Anhu berkata, "Celaka bagi orang yang tidak berilmu (sekali), dan kecelakaan bagi orang yang berilmu namun tidak beramal (tujuh kali)."

3. Menyebutkan hukuman bagi orang-orang yang berilmu, karena tidak mau mengamalkan ilmunya, seperti Iblis dan lain-lainnya. Celaan terhadap orang yang berilmu namun tidak beramal adalah dengan firman Allah,

"Seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal." (Al-Jumu`ah: 5).

Iblis memperdayai orang-orang yang mendalami ilmu dan juga beramal dari sisi lain. Iblis membaguskan di hadapan mereka sikap sombong karena ilmu, dengki terhadap saingan, riya` dalam mencari kedudukan. Kadang-kadang Iblis menunjukkan kepada mereka, bahwa yang demikian itu termasuk hak yang wajib mereka lakukan. Jika tidak melakukannya, justru mereka melakukan suatu kesalahan.

Jalan keluar bagi siapa yang enggan melihat dosa takabur, dengki dan riya`, bahwa iimu tidak bisa menghalangi akibat dari hal-hal itu, bahkan hukumannya berlipat karena kelipatan hujjah hukuman itu. Siapa yang melihat sirah para ulama salaf yang juga aktif beramal, tentu akan memandang hina dirinya sendiri dan tidak berani takabur. Siapa yang mengetahui Allah, tentu tidak akan berbuat riya`, dan siapa yang memperhatikan takdir Allah yang ditetapkan menurut kehendak-Nya, maka dia tidak akan berani mendengki.

Iblis menyusup ke dalam diri mereka sambil membawa syubhat dengan cara yang pintar, seraya berkata, "Yang kalian cari adalah ketinggian kedudukan dan bukan takabur, karena kalian adalah para pembawa syariat. Yang kalian cari adalah kemuliaan agama dan memberantas ahli bid`ah. Jika kalian membicarakan orang-orang yang dengki, akan menimbulkan kemarahan terhadap syariat. Sebab para pendengki itu suka mencela siapa pun yang menghadapi mereka. Jadi apa yang kalian kira sebagai riya`, sama sekali bukan riya`. Sebab siapa pun di antara kalian akan menjadi panutan, sekalipun dia hanya berpura-pura khusyu` dan pura-pura menangis, sebagaimana dokter yang menjadi panutan orang yang sakit."

Talbis Iblis ini baru terungkap, jika ada seseorang di antara mereka yang bersikap sombong kepada yang lain atau menampakkan kedengkian kepadanya, maka ulama itu tidak marah kepadanya seperti kemarahannya jika kesombongan atau kedengkian itu tertuju kepada dirinya, sekalipun mereka semua termasuk dalam jajaran ulama.

Iblis juga memperdayai orang-orang yang menekuni ilmu, sehingga mereka senantiasa berjaga pada malam hari dan tekun pada siang hari dalam menyusun kitab. Iblis membisikkan kepada mereka bahwa maksud perbuatan ini ialah menyebarkan agama. Padahal maksud mereka yang sesungguhnya adalah agar namanya terkenal dan statusnya sebagai penulis menjadi tenar. Talbis Iblis ini tersingkap, tatkala orang-orang memanfaatkan karangannya dan membacanya, sementara karangan orang lain tidak dibaca, maka dia merasa senang, sekalipun memang tujuannya untuk menyebarkan ilmu. Di antara orang salaf ada yang berkata, "Apa pun ilmu yang kumiliki, lalu ada yang memanfaatkannya, sekalipun tanpa menisbatkannya kepada diriku, maka aku merasa senang. "

Di antaranya ada yang merasa senang karena banyak pengikutnya. Iblis menciptakan talbis, bahwa kesenangan ini karena banyaknya orang yang mencari ilmu. Padahal dia senang karena banyak yang menyebut nama dirinya. Dia merasa ujub karena perkataan dan i1mu mereka yang ditimba darinya. Talbis Iblis ini tersingkap, ketika ada di antara mereka yang memisahkan diri darinya lalu bergabung dengan ulama lain yang lebih tenar darinya, maka dia merasa berat hati. Yang demikian ini bukan merupakan sifat orang-orang yang tulus dalam mengajarkan ilmu. Perumpamaan orang yang tulus dalam mengajar ialah seperti para dokter yang mengobati beberapa pasien karena Allah. Jika sebagian pasien itu ada yang sembuh, maka yang lain merasa senang.

Ada para ulama yang selamat dari talbis Iblis yang nyata. Tapi Iblis tetap mendatangi mereka dengan talbis-nya yang tersembunyi, seraya berkata kepadanya, "Aku tidak pernah bertemu seseorang seperti dirimu." Jika ulama itu senang dengan ucapan semacam ini, maka dia telah melakukan kesalahan karena ujub. Jika tidak, berarti dia telah selamat.

As-Sary As-Sagathy berkata, "Andaikan seseorang memasuki sebuah kebun yang di dalamnya ada semua pepohonan yang diciptakan Allah, ada semua burung yang diciptakan Allah, lalu makhluk-makhluk itu berkata kepadanya dengan bahasanya masing-masing, "Wahai wali Allah`, lalu dia merasa senang mendengarnya, maka dia menjadi tawanan di tangan makhluk-makhluk itu. "


Dikutip dari Talbis Iblis karya Ibnul Jauzy, Edisi terjemahan "Perangkap Syetan" Penerbit Pustaka Al-Kautsar.

ayus dan syuhada
nursyuhada.com

Tiada Bid'ah Hasanah : Yusof al-Qaradhawi

Monday, July 17, 2006

Bid'ah hasanah. Apakah ada di dalam urusan agama apa yang dinamakan sebagai bid'ah hasanah?

Sering dikatakan bahawa membukukan al-Quran dan al-Hadis itu sebagai bid'ah hasanah. Bila Nabi yang mulia s.a.w. menyatakan "Sesungguhnya setiap bid'ah itu saiyi'ah/keji", maka apakah mungkin ada bid'ah lain dari bid'ah yang keji. Apakah ada apa yang dinamakan sebagai bid'ah hasanah.

Dalam suatu perkara, apabila ada di sana dalil yang boleh disandarkan, samada secara umum atau secara khusus apakah perkara itu kita masih lagi mahu menamakannya sebagai bid'ah.. Tetapi bid'ah hasanah.

Bila membukukan hadis itu ada petunjuk dari syarak secara umum, maka mengapa kita menamakannya sebagai bid'ah, tetapi hasanah. Bila kerja-kerja menyusun ilmu usul feqh yang tidak ada pada zaman nabi s.a.w. dilakukan tetapi ada petunjuk dari syariat yang menganjurkan apakah dapat kita katakan ia sebagai bid'ah.

Semua itu bukan bid'ah, samada hasanah atau wajibah atau mandubah (sunat) atau apa sahaja. Ia bukanlah perkara yang direka-reka dalam hal agama, tetapi ia memang ada di dalam agama.

Mengatakan sesuatu yang memang ada petunjuknya di dalam agama sebagai bid'ah baik dikatakan sbg hasanah atau apa sahaja adalah suatu perkara yang ganjil dan pelik. Kerana bid'ah dan tidak bid'ah adalah dua perkara yang saling bertolak ke belakang. Saling bertentangan yang tak mungkin bersatu. Apabila ia memang sesuatu yang direka-reka dalam agama, maka ia adalah bid'ah. Bid'ah hanya satu.. Dholalah. Bila ada petunjuknya maka ia adalah bukan bid'ah.

Berikut ini adalah fatwa syeikh Yusof al-Qaradhawi berkaitan dengan bid'ah dan komentarnya mengenai pembahagian bid'ah. Juga penjelasan di sekitar maksud sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada beberapa macam.

===========================

Soal: Apakah dia pembahagian bid'ah? Adakah benar di sana terdapat bid'ah hasanah (baik) dan bid'ah saiyi'ah (keji)?

Jawab: Berlaku pertentangan pendapat antara kalangan ulama tentang pembahagian bid'ah. Sebahagian mereka membahagikannya kepada bid'ah hasanah dan bid'ah saiyi'ah. Sebahagiannya pula menjadikan bid'ah kepada lima bahagian seperti hukum syar'i. Semua pembahagian ini tidak ada asalnya. Kerana hadis s.a.w. menyatakan: "Setiap bid'ah itu dhalalah." Ia adalah sesuatu yang diada-adakan yang tidak berada di bawah mana-mana asal atau sumber dari sumber-sumber tasyri' (pensyariatan) atau ia bukanlah perkara yang ada dalilnya dari mana-mana dalil hukum.

Dr Syeikh Yusof al-Qaradhawi menyatakan:

Di sana sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada: Hasanah dan Saiyi'ah. Manakala sebahagian dari mereka membahagikannya kepada lima bahagian, menurut pembahagian hukum-hakam syarak: Bid'ah wajib, sunat, makruh, haram dan harus/mubah.

Al-Imam al-Syathibi telah membahaskan masalah ini secara terperinci, dan ditengah-tengah beliau membahaskannya itu beliau berpendirian: Bahawa pembahagian ini adalah perkara yang direka-reka yang tidak ditunjukkan oleh mana-mana dalil syari'i pun, malah pembahagian itu sendiri saling bertolak-tolakan. Kerana hakikat bid'ah itu ialah sesuatu yang tidak ditunjuki oleh mana-mana dalil syarak, tidak juga oleh mana-mana nash syarak dan tidak dari qaedah-qaedahnya. Kerana jika di sana terdapat suatu dalil syarak yang menunjukkan atas wajibnya sesuatu, sunat atau harus, mengapa pula perkara berkenaan dikatakan bid'ah (hasanah). Ia sebenarnya (bukanlah bid'ah hasanah) tetapi perkara berkenaan telahpun masuk di bawah keumuman amal yang diperintahkan atau perkara yang dibolehkan (membuat pilihan).

Akhirnya natijahnya adalah satu, kerana mereka mengatakan bahawa penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu, Usul Feqh dan ilmu-ilmu Islam lain adalah sebagai bid'ah wajib dan sebagai fardu kifayah.

Manakala sebahagian yang lain tidak bersetuju perkara-perkara di atas (penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu...) itu dinamakan sebagai bid'ah hasanah. Kata mereka: "Pembahagian ini adalah pembahagian untuk bid'ah dari sudut bahasa sahaja. Yang kami kehendaki dengan bid'ah adalah bid'ah dari sudut syarak. Tentang perkara-perkara di atas, kami mengeluarkannya dari senarai bid'ah. Adalah tidak baik jika ia disebut sebagai sesuatu yang bid'ah. Yang utama adalah kita berpegang kepada Hadis yang mulia; kerana hadis datang dengan lafaz berikut dengan terang dan nyata: "Maka sesungguhnya setiap bid'ah itu dholalah (menyesatkan)."

Dengan keumuman lafaz hadis di atas, maka apabila dikatakan: "Setiap bid'ah itu dholalah" maka tidak perlulah kita katakan lagi: "bid'ah itu ada yang baik, ada yang keji, ada yang wajib, ada yang sunat dan seterusnya...." Pembahagian sebegini adalah tidak perlu.

Apa yang benar ialah, bahawa kita katakan apa yang telah disabdakan oleh s.a.w. di dalam hadisnya: "Maka sesungguhnya setiap bid'ah adalah dholalah." Yang dimaksudkan adalah bid'ah sebagaimana yang telah ditahqiq oleh al-Imam al-Syathibi: "Bid'ah ialah jalan di dalam agama yang direka-reka/diada-adakan." Iaitu yang tidak ada asal-usulnya dari syarak, tidak juga dari al-Quran, al-Sunnah, ijmak, qiyas, mashlahah mursalah dan tiada di kalangan fuqaha' yang menyatakan dalil mengenainya.

Sumber: Islamonline.net

:: ust zain-ys ::

ayus dan syuhada
nursyuhada.com

Taqlid Itu Perbuatan Tercela

TAQLID, secara ringkasnya ialah : “Melakukan amal-ibadat yang melibatkan kepercayaan, amalan dan juga percakapan secara membuta-tuli @ membabi-buta, iaitu tanpa mengetahui hujah-hujahnya daripada sumber tertinggi perundangan Islam, iaitu al-Quranul Karim dan as-Sunnah as-Sahihah”.

Ertinya : TAQLID = TAKSUB = FANATIK.

1. Pertama : Ayat 36, Surah al-Isra’ :

Ertinya : “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya”.

2. Kedua : Ayat 167, Surah al-Baqarah :

Ertinya : “Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti: "Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami." Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka”.

3. Ayat 104, Surah al-Maidah:

Ertinya : “ Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul". Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?”

4. Ayat 21, Surah Luqman :

Ertinya : “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang diturunkan Allah". Mereka menjawab: "(Tidak), tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya". Dan apakah mereka (akan mengikuti bapak-bapak mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka)?”.

5. Surah an-Nahl, Ayat 116 :

Ertinya : “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta : Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah itu tidaklah akan berjaya”.

Sekian, semoga ada manfaatnya bersama.
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

:: ust pendekar ::

ayus dan syuhada
nursyuhada.com


Berguru Dengan Buku = Berguru Dengan Syaitan?

Thursday, July 13, 2006

“Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan”. Ini di antara kata-kata yang sering kita dengar.

Marilah kita meneliti kata-kata ini dengan mengikuti perbahasan mengenainya sebagai mana berikut :

1. AKAL VS KATA-KATA INI :

Kalaulah benar kata-kata “Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan”, adakah ini bermakna : “Setiap guru adalah ma’asum (suci daripada dosa-dosa) laksana Para Malaikat a.s dan Para Anbiya’ a.s”?

Dan adakah kata-kata ini juga membawa makna : “Sesiapa sahaja yang belajar secara berguru maka ilmunya dijamin betul dan tepat dengan kehendak Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w?”

Jawapan yang pasti ditemui oleh kita semua terhadap soalan-soalan itu ialah : SUDAH TENTU TIDAK !!!


2. DRP MANAKAH SUMBER KATA-KATA INI? :

Yang pasti ianya bukanlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w dan bukan juga berasal daripada Para Sahabat r.a.

Para Ulama’ rh yang muktabar (yang boleh dijadikan panduan umat) mempunyai berbagai pendapat mengenai daripada manakah datangnya kata-kata di atas dan mereka mencari-cari daripada manakah sumbernya kata-kata :

“Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan”

* Kata-kata ini terdapat di dalam Kitab “Haq at-Toriqoh” dan “Syarh Usul Tahqiq” ~ Tetapi tidak dinyatakan pula daripada manakah asal-usulnya kata-kata itu.

* Kata-kata itu juga tidak dimasukkan ke dalam kitab-kitab hadist yang terkenal seperti “Sunan Sittah”, “Mausu’ah Atrofil Hadist”, “Al-Jamie’ al-Kabir Lis Suyuthi”, “Al-Mu’ujam al-Mufahras Li Alfazil Hadis an-Nabawi”, “Miftah Kunuz as-Sunnah” dan selainnya

* Asy-Syeikh Mahmud ‘Abdul Rauf al-Qasim menyatakan di dalam kitabnya “Al-Kasyfu ‘An Haqiqah as-Sufiyyah Li Awwal Marrah Fit Tarikh” menyatakan bahawa kata-kata itu dan yang seumpama dengannya adalah berasal daripada tokoh-tokoh Tasawwuf , di antaranya:

  1. Al-Imam as-Saiyid Ahmad ar-Rifai’e (rh)
  2. Al-Imam Abu Yazid al-Bustomi (rh)
  3. Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali (rh)

3. SIKAP KITA TERHADAP KATA-KATA INI :

Kata-kata manusia biasa (selain Baginda Rasulullah s.a.w) sudah tentulah boleh diterima dan boleh ditolak, dan inilah merupakan satu kata-kata hikmah yang pernah diucapkan oleh Al-Imam Malik rh, Imam Negeri Hijrah (Al-Madinah al-Munawwarah) satu ketika dahulu.

Diterima kata-kata itu apabila bersesuaian dan tepat dengan ajaran Al-Quranul Karim dan As-Sunnah as-Sahihah, dan ditolak sesuatu teori , kata-kata dan pendapat apabila bertentangan dengan kedua-dua sumber tertinggi perundangan dan ilmu umat Islam itu.

Begitu juga, sesuatu kata-kata dan pandangan itu sudah tentu boleh diterima apabila dihuraikan (disyarahkan) bersesuaian dengan kehendak syariat Islam itu sendiri, dan ia akan ditolak dan dilempar jauh-jauh apabila dihuraikan dengan cara yang bertentangan dengan kehendak agama Islam itu sendiri.

Demikianlah juga sikap kita terhadap kata-kata : “Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan”.

Namun, Tidaklah kita menolak sesuatu kata-kata itu secara totok ataupun semberono apabila ia tidak bersumber daripada Baginda Rasulullah s.a.w , kerana masih banyak lagi kata-kata para cendekiawan yang kita terima kerana mengandungi hikmah dan ilmu pengetahuan.


Bilakah sesuatu ilmu itu perlu dituntut secara berguru ? :

1 – Bagi mereka yang berada di peringkat asas dan menengah. Dimulakan dengan mempelajari muqaddimah (pendahuluan) yang berkaitan dengan sesuatu ilmu yang bakal dipelajari. Di masa ini jugalah para pelajar dikenalkan dengan berbagai istilah agar mudah mereka mempelajari secara mendalam mengenai sesuatu ilmu itu apabila mereka belajar di peringkat tinggi.

2 – Bagi kanak-kanak ataupun orang-orang yang baru diperkenalkan sesuatu ilmu, sudah tentulah di saat ini mereka perlu kepada si guru ataupun pembimbing. Seperti belajar ABC dan belajar cara sembahyang.

Bilakah sesuatu ilmu itu boleh didapati tanpa perlu secara berguru? :

1- Bagi mereka yang telah mempunyai asas-asas ilmu yang kukuh dan kuat.

2 – Bagi mereka yang berada di peringkat tinggi, mereka boleh membaca mana-mana buku pengajian yang telah pun mereka pelajari asas-asasnya sebelum ini dengan kemas-kukuh. Guru-guru (tuan-tuan guru, para pensyarah) hanyalah menjadi sumber rujukan apabila para pelajar peringkat ini mendapati beberapa masalah yang sukar difahami ataupun apabila mereka memerlukan huraian yang panjang lebar terhadap isi sesuatu buku.

Kebaikan Berguru Secara Langsung :

  1. Mudah dan cepat memahami sesuatu topik.
  2. Boleh dilakukan soal-jawab secara bertubi-tubi secara langsung tapa perlu menunggu lama.
  3. Si Guru yang mahir sudah tentu boleh memperbandingkan isi sesuatu kitab / buku yang di baca oleh muridnya dengan kitab-kitab lain yang masih belum dibaca oleh muridnya itu dan guru itu juga boleh menambah dengan beberapa dalil dan keterangan lagi sebagai penjelas dan pelengkap.
  4. Si Guru boleh membetulkan cara bacaan si murid sama ada yang berkaitan dengan Ilmu Tajwid ataupun Tatabahasa Bahasa Arab (Nahu dan Sorof). Selain itu si guru juga boleh membetulkan beberapa fakta, baris-baris tulisan Arab dan sebagainya yang mungkin disebabkan kesilapan si penulis buku / kitab ataupun kesilapan mesin cetak.
  5. Hubungan di antara si guru dengan muridnya lebih rapat dengan cara ini.

Kebaikan Berguru Menerusi Bahan Bacaan ( Kitab / Buku / Majalah / Halaman Web Ilmiah ) :

1 – Sesuatu fakta yang dikemukakan di dalam bentuk tulisan lebih cermat dan teliti, kerana si penulis mempunyai masa yang agak panjang untuk menyatakan bahan rujukan bagi sesuatu artikel ilmiah. Walhal kalau belajar secara berguru, belum tentu lagi si guru itu ingat sesuatu fakta itu bersumber daripada mana, di dalam buku apa, jilid keberapa, halaman keberapa dan terbitan mana?

2 – Adanya bahan bertulis, lebih meyakinkan lagi para pelajar berbanding dengan semata-mata kata-kata guru-gurunya (kerana boleh jadi guru itu tersasul, terlupa, terkeliru dan seumpamanya)

3 – Bahan bertulis memberikan masa yang agak panjang kepada si pelajar sehinggakan boleh diulang-ulang semula pembacaan terhadap sesuatu topik yang dirasai agak sukar. Sedangkan kalau secara “direct” berguru, mungkin guru akan berasa tidak senang kerana asyik diajukan soalan yang sama.

4 – Bahan bertulis memberikan peluang menambah ilmu-pengetahuan kepada mereka yang tidak berpeluang berguru secara langsung. Contohnya : Mereka yang sibuk dengan tugas sehinggakan kadang-kadang tiada masa untuk belajar di masjid-masjid ataupun di surau-surau, masih boleh menampung sedikit kekurangan itu dengan selalu menjenguk mana-mana halaman web ilmiah.

Inilah secara ringkas kelebihan belajar sesuatu ilmu itu menerusi guru secara langsung ataupun menerusi sesuatu bahan bacaan secara langsung.

Setiap cara ini ada kebaikan dan ada kekurangan. Dan tentulah kekurangan yang ada pada kedua-dua cara dan sistem ini boleh dilenyapkan apabila kelebihan dan kebaikan kedua-dua cara dan sistem ini disatukan.

PENDEK KATA :

“Belajar sesuatu ilmu secara berguru merupakan satu sistem yang paling ampuh dan kukuh, akan tetapi bukan semua ilmu itu hanya boleh didapati menerusi berguru semata-mata dan anggaplah bahan-bacaan itu sebagai sokongan dan tambahan bagi ilmu yang didapati secara berguru tadi”.

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

BELAJAR MENERUSI BUKU, BERGURU DENGAN SYAITAN?
Oleh : Al-‘Allamah Ustaz Abdullah al-Qari al-Kenali AQHAS (ha)
Terbitan : DINIE Publisher.
Harganya : RM 4.00 sahaja (masa tahun 1994 dulu la nih)

:: Ustaz Pendekar ::

ayus dan syuhada
nursyuhada.com