Ada satu file php, iaitu sendmail.php. Di dalamnya ada email function, hardcoded. Jadi, untuk test hantar email, cuma akses file php tersebut terus melalui URL.
Bila taip di URL dan ENTER, file tidak dapat di akses.
Jadi, perlu tengok permission untuk file tersebut betul atau tidak. Sepatutnya permission-nya begini.
# ls -l /var/www/html/sendmail.php
-r-xr-xr-x root smmsp /var/www/html/sendmail.php
Kemudian, tengok pula folder clientmqueue
# ls -l /var/spool/clientmqueue
drwxrwx--- smmsp smmsp /var/spool/clientmqueue
Jika tidak sama seperti di atas, tukar guna chgrp dan chown, mana-mana yang perlu.
Contoh: Tukar group sendmail.php duduk di bawah group smmsp.
#chgrp smmsp sendmail.php
chmod 555 send.php
Nota: File ini akan jadi read-only. Jadi, tiada nak edit-edit lagi.
Kemudian, onkan http send mail. Setkan di setsebool.
Tengok status httpd_can_sendmail di getsebool
# getsebool -a | grep mail
allow_postfix_local_write_mail_spool --> on
httpd_can_sendmail --> off
logging_syslogd_can_sendmail --> off
Onkan http send mail
# setsebool httpd_can_sendmail 1
Sekarang, file sendmail.php sudah boleh diakses melalui URL dan email berjalan seperti biasa.
Buka browser, taip URL http://myurl.com/sendmail.php dan ENTER. Kemudian, semak inbox email.
0 comments:
Post a Comment