MySQL Randomize

Wednesday, December 13, 2006

Bagi merandomkan database menggunakan MySQL, perlu menggunakan fungsi rand(). Jika kita letak nilai n dalam fungsi rand(), maka MySQL akan larikan randomize sebanyak n kali. Jika tidak, ia dilarikan ikut sesuka hati dia.

Jika tidak diletakkan nilai, maka hasilnya seperti dibawah
mysql> SELECT RAND();
-> 0.9233482386203
mysql> SELECT RAND();
-> 0.63553050033332
mysql> SELECT RAND();
-> 0.70100469486881


Jika diletakkan nilai, hasilnya adalah tetap spt dibawah
mysql> SELECT RAND(20);
-> 0.15888261251047
mysql> SELECT RAND(20);
-> 0.15888261251047
mysql> SELECT RAND(20);
-> 0.15888261251047


Bila guna dalam select table

mysql> SELECT * FROM tbl_name ORDER BY RAND();


Guna sekali dengan limit
mysql> SELECT * FROM table1, table2 WHERE a=b AND c=d ORDER BY RAND() LIMIT 1000;


ayus dan syuhada
www.nursyuhada.com

E-mail mengggunakan PHP

Fungsi mail() dalam PHP adalah cara mudah untuk menghantar e-mail dengan menggunakan script sendiri. Fungsi ini memerlukan tiga argumen yang paling penting iaitu e-mail penerima, tajuk dan isi e-mail. Ada juga yang lain, boleh rujuk kat php.net

Fungsi email secara lalainya di dalam PHP

mail(kepada, isi_email, mesej);



$toText="siapa@domain.com"; //email penerima
$company = "Nursyuhada Administrator"; // Nama penghantar
$email = "kita@domain.com"; // email penghantar

$title="PhpMail";
$mailformat="Html";
$subjectText="Assalamualaikum! Boleh berkenalan."; // tajuk

$msgText="masukkan la apa2 pun, html pun boleh";

if ($ccText != "") $ccText="cc: $ccText <$ccText>\n";
if ($bccText != "") $bccText="Bcc: $bccText <$bccText>\n";

if ($mailformat == "Text") mail($toText, $subjectText, $msgText, "To: $toText <$toText>\n" . "From: $company \n" .$ccText.$bccText. "X-Mailer: PHP 4.x");
if ($mailformat == "Html") mail($toText, $subjectText, $msgText, "To: $toText <$toText>\n" . "From: $company \n" .$ccText.$bccText. "MIME-Version: 1.0\n" . "Content-type: text/html; charset=iso-8859-1");

?>


ayus dan syuhada
www.nursyuhada.com

E-book Ustaz Hafiz Firdaus #2

Tuesday, December 12, 2006

E-book kali ini aku ambil masa dalam 4 hari. Apa tidaknya, dalam masa yang sama, aku nak kena design sistem untuk pada tender Jabatan Perikanan, dan masa tu jugak kena buat training kat parlimen. Maka terpaksa la ditangguh sementara.


Akhirnya siap. Cuma dua artikel sahaja.




Kali ini disertakan dengan gambar thumbnail atas permintaan Ustaz Hafiz sendiri. Ini bertujuan untuk diletakkan pada senarai buku-buku. Dan apabila pengguna klik pada gambar tersebut, pengguna akan dipaparkan dengan artikel.

Regular Expression

Monday, December 11, 2006

Sintaks dalam Regular Expression

\a = Karakter bell (alarm)
\b = Backspace
\t = Tabulator
\r = Return (carriage return)
\v = Tab vertikal
\f = Pindah halaman (form feed)
\n = Baris baru (line feed)
\e = Escape


Perintah dalam Regular Expression

[abcd] = Sesuai dengan semua karakter yang ada di dalam tanda kurung siku.
[^abc] = Sesuai dengan semua karakter yang tidak ada di dalam tanda kurung siku.
[0-9] = Tanda penghubung (minus) digunakan sebagai jangkauan karakter.
. = Tanda titik berarti sesuai dengan semua karakter, kecuali baris baru (\n).
\w = Sesuai dengan semua karakter atau kata, ekuivalen dengan [a-zA-Z_0-9].
\W = Sesuai dengan non-karakter, ekuivalen dengan [^a-zA-Z_0-9].
\s = Sesuai dengan karakter kosong, ekuivalen dengan \f, \n, \r, \t, dan \v.
\S = Tidak sesuai dengan semua karakter kosong.
\d = Sesuai dengan angka antara 0 sampai 9.
\D = Tidak sesuai dengan angka antara 0 sampai 9.


Patern dalam Regular Expression

^ = Tanda Awal dari String
+ = 1 atau lebih dari expresi sebelumnya
* = 0 atau lebih dari expresi sebelumnya
? = 0 atau satu dari expresi sebelumnya
{n} = Tepat jumlah n dari expresi sebelumnya
{n,} = Minimum sebanyak n expresi sebelumnya atau lebih
{n,m} = minimum sebanyak n expresi sebelumnya, maximum sebanyak m expresi sebelumnya
[...] = Menyatakan sebuah group dari karakter .cth : [a-z] -> satu group yang terisi oleh karakter 'a' sampai 'z'
[^...] = Menyatakan sebuah negasi dari group yang berisi karakter . cth [^a-z] -> sebuah group yang terisi oleh karakter selain 'a' - 'z'
$ = Tanda akhir dari String


Contoh Mudah Regular Expression

  • Tahun tidak boleh lebih dari 2000. Dan boleh juga dua angka dibelakangnya sahaja dimahukan
    (^(20)\d\d$)|(^\d{2}$)
  • IP (Internet Protocol) versi 4 dituliskan seperti contoh berikut: 192.168.0.3
    \d{1,3}\.\d{1,3}\.\d{1,3}\.\d{1,3}
  • alamat email: anda@domainname.com
    ^([\w-]+)@([\w-]+\.)+[A-Za-z]{2,3}$
  • format tarikh dd/mm/yyyy
    ^0[1-9]{1}|^[12][0-9]|3[01])-(0[1-9]|1[012])-(19|20)\d\d$
  • cara lain untuk tarikh dd-mm-yyyy
    ^0[1-9]{1}|^[12][0-9]|3[01])[/](0[1-9]|1[012])[/](19|20)\d\d$
  • Username untuk satu perkataan sahaja tanpa ada ruang kosong, ayus
    ^[A-Za-z]+$
  • url, contoh http://www.nursyuhada.com
    http://([\w-]+\.)+[\w-]+(/[\w- ./?%&=]*)?
  • hanya menerima string "tes"
    ^tes$
  • menerima string yang memiliki kata tes
    tes
  • menerima sebuah huruf 't' atau 'e' atau 's'
    ^[tes]$
  • menerima satu huruf atau lebih yang terdiri dari huruf 't' atau 'e' atau 's'
    ^[tes]+$
  • hanya menerima string "ttt"
    ^t{3}$
  • menerima 1 huruf selain huruf 't' atau 'e' atau 's'
    ^[^tes]$

Kampungku hujan, rumahku banjir

Sunday, December 10, 2006


Bila hujan di kawasan kampung, rumah aku ler jadi mangsa banjir. Apa tidaknya, rumah aku paling hujung, dan kawasan tanah paling rendah


Motor pun tak sempat diselamatkan. Terlalu kilat.. hehe



Dah macam hidup kat tepi sungai plak

Gambar lagi, lihat di fotopages aku: ayus80.fotopages.com


ayus dan syuhada
www.nursyuhada.com

Adakah anda tau?

Friday, December 08, 2006

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi-penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja).

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

28. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!


Sumber: yahoo.groups.com

ayus dan syuhada
www.nursyuhada.com

Bloglet

Wednesday, December 06, 2006

Bloglet menawarkan satu perkhidmatan langganan emel untuk blog anda. Apabila terdapat masukkan maklumat baru atau anda telah update blog anda, Bloglet akan hantar kepada mereka yang berkeinginan.

Apa yang mampu dilakukan oleh Bloglet pada blog anda:

  • menawarkan email pemberitahuan berkenaan blog anda supaya pengguna akan kembali masuk blog anda
  • mudah diintegrasi dan ringkas dimasukkan ke dalam blog anda
  • mudah diinstall dan mudah diselenggara
  • menerima statistik harian daripada jumlah pelawat baru
  • (Pilihan) menerima statistik berapa lawan web yang meletakkan link pada web mereka untuk mencapai blog kita, dan menyenaraikan 10 teratas oleh Google

Apa Bloglet boleh lakukan untuk pelanggan

  • sentiasa update dalam webblog kegemaran anda
  • menerima satu email dari Bloglet untuk semua blog yang anda langgan

Keterangan lanjut: http://bloglet.com/

E-book Ustaz Hafiz Firdaus

Tuesday, December 05, 2006

Alhamdulillah..

Setelah beberapa hari, aku berjaya menyiapkan e-book untuk Ustaz (Kapten) Hafiz Firdaus Abdullah. Di mana beliau hendak letakkan e-book tersebut, terpulang kepada ustaz.

Sebelum tu, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Hafiz Firdaus(UHF) kerana memberi kepercayan kepada aku untuk menyiap salah satu e-book beliau. Walaupun tugasan tersebut tidaklah sebesar mana, berbanding tugasan yang diberikan pada bro Akob, bro Abu Adam dan lain-lain (di mana mereka diberikan tugas untuk membuat kertas kerja ilmiah), aku rasa amat berbesar hati kerana dapat membantu ustaz Hafiz dalam kerja dakwah beliau.

Tugasan di berikan pada 27 November, dengan meletakkan 11 artikel di dalam MS WORD untuk dijadikan e-book. Pesanan beliau, terpulang pada aku bagaimana caranya aku nak siapkan. Samada dalam bentuk PDF, CHM, HTML atau apa-apa yang dirasakan patut. Akhirnya aku memilih untuk membina e-book tersebut dalam bentuk HTML memandangkan e-book tersebut disediakan untuk bacaan ramai, dan dicapai melalui website.

Dapat je buku tersebut, mula pening nak reka design yang sesuai. Masa yang diberikan juga tidak panjang memandangkan aku sendiri ada tugasan lain. Tugasan company. Ada la dalam 3 kali tukar design. Nak dapatkan design yang simple dan kemas.

Akhirnya, pada pada 5 Disember, aku serahkan hasil yang pertama kepada UHF untuk di semak. Sekiranya terdapat kesilapan, beliau boleh meminta aku betulkan semula. Esoknya aku dapat jawapan dari UHF, tiada apa yang perlu diperbetulkan. Mungkin ada, tapi UHF tidak mahu membebankan aku, mungkin.





Antara kelemahan yang aku kesan semasa nak buat e-book ni, yang agak memakan masa aku sendiri.


1. Membuat kerja office lebih dari pukul 5.30 (waktu office). Memandangkan kerja memang banyak. Jadi, waktu malam yang aku peruntukkan untuk siapkan e-book tersebut, terpaksa aku curi sikit-sikit.

2. Dalam penulisan ilmiah seperti ini, nota kaki atau rujukan amat penting. Tapi aku telah mengabaikan nota kaki ini. Bila dah nak hantar, baru perasaan yang nota kaki tak jalan. Masa tu la kena betulkan semula. Leceh jugak sebab ada lebih dari 100 nota kaki.

3. Masa design awal, ada beberapa perkara asas yang aku tertinggal. Bila start nak masukkan content, baru aku perasan. Jadi sebelum aku masukkan content, aku betulkan dulu apa yang tertinggal tu.

4. Dalam design e-book tu, banyak guna css. Masalahnya css tu aku letakkan dalam html. Jadi, setiap page, css dia agak berbeza. Memandang aku tak mahu celaru pada masa akan datang, sekiranya perlu diedit, aku letakkan dalam satu fail dan kena @import

5. Membuat e-book dalam bentuk HTML sebenarnya boleh datang masalah jugak kalo tak pakar. Macam aku la, dah buat baru perasan, kalau pakai PHP (atau bahasa lain) kan bagus. Sebab mana2 content page yang berulang tu, tak perlu la coding banyak2 kali, guna include je. Aku pun tak minat pakai iframe.

Itulah antara kelemahan yang aku perasan. Kelemahan ini saje aku tulis, untuk aku jadikan rujukan pada masa akan datang. Lain kali, sebelum buat design, aku patut lihat pelbagai situasi dan membuat pelbagai andaian.

ayus dan syuhada
www.nursyuhada.com

Driver Pengantin

Sunday, December 03, 2006

Hari Sabtu lepas, aku diminta untuk jadi "driver pengantin" pakai kereta aku sendiri.. haha.. satu penghargaan dari Muslin untuk motocar aku tu. pagi2 lagi aku dah pegi hantar kedai basuh kereta. Lepas basuh, aku terus lari ke rumah sewa Muslim Bokhare di Damansara.

Hari tu jadi pengapit perkahwinan sapuan dan najwa, seronok sebab syuhada jadi pengapit belah perempuan. Tapi kali ni agak suram, sebab aku sorang-sorang drive, takde Syuhada di sisi. Muslin pun tertanya-tanya, nape syuhada tak datang. Nampaknya nanti syuhada kena menjawab la.. hehe..

Parking kat luar hotel. Jalan kaki ke hotel. Ini ler pengantinnya.













Sampai kat sana, adik-beradik muslin dah siap untuk bertolak ke hotel penginapan mak ayah muslin, di KL.
Bapak2 sedara Muslin memang mudah mesra.

Masuk2 bilik, perkenalkan diri, lepas tu aku terus ditegur oleh pakcik X (bukan nama sebenar) "ada sorang lagi orang muda berjanggut"... patutler di tegur, rupanya sepupu2 muslin pun berjanggut.


Sepanjang duduk dalam bilik tu, kedengaran lagu-lagu klasik yang dinyanyikan sendiri oleh pakcik X. Dia nyanyi pasal janggut la jugak. Antara rangkap kata yang aku ingat:


Ada misai, takdak jangggut, itu kucing

Ada janggut, takdak misai, itu kambing
Ada misai, ada janggut, itu benggali singh


Kici-kici, lembu jaga

Sudah besar, jadi askar
Sudah tua, bank jaga

Satu senapang, peluru dua


Mula perjalanan

waktu nak bertolak ke rumah pengantin perempuan. Yang berbaju coklat itulah drivernya.


Lepak kat Petronas kejap

Berenti isi minyak.

Pengantin

Inilah pengantinnya. Muslin dan Wahida, dua-dua kawan dari UTM Skudai.


Keyma, UTM Skudai

Jumpa Keyma Azani. Member yang duduk jauh. Dah dua tahun jadi guru di Terengganu, memang orang Terengganu pong. Ghadapi(rambut panjang) dgn Azmir(takde rambut) tu, memang keje KL... anytime je leh jumpa.

Saguhati


saguhati dari pengantin. sebentuk cincin yang sendiri tak paham. berapa kerat agaknya?

CSS untuk Anchor

CSS Pseudo-classes
http://www.tizag.com/cssT/pclass.php

http://www.w3schools.com/css/tryit.asp?filename=trycss_link
This example demonstrates how to add different colors to a hyperlink in a document.

http://www.w3schools.com/css/tryit.asp?filename=trycss_link2
This example demonstrates how to add other styles to hyperlinks.

http://www.w3schools.com/css/tryit.asp?filename=trycss_first-child (does not work in IE)
This example demonstrates the use of the :first-child pseudo-class.


http://www.w3schools.com/css/tryit.asp?filename=trycss_lang (does not work in IE)
This example demonstrates the use of the :lang pseudo-class.

http://www.w3schools.com/css/css_pseudo_classes.asp